Abdullah ibn Jahsy (? 3 H./? 625 M.), sahabat besar dan termasuk golongan yang terawal menerima Islam. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm al-Muminin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW bersama-sama dengan Abu Bakar dan Umar dalam menentukan kedudukan tawanan perang tersebut. Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid. Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad. |