Tamadun Lembah Indus adalah antara tamadun yang terbesar di dunia. Tamadun ini berkembang kira-kira 4500 tahun yang lampau dan bertapak di dataran sungai yang kini terletak dalam negara Pakistan dan di bahagian barat laut India. Tamadun ini dikenal juga sebagai Tamadun Harappa . Nama ini bersempena dengan nama bandar Harappa di Pakistan, iaitu tempat ahli arkeologi mula-mula menemui kesan tinggalan tamadun tersebut. |