Thorpe, Jim (18871953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. |