Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LAPIS LAZULI | | UMUM | |
PAPAN LAPIS | Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil bilangannya yang telah digam bersama. | UMUM | |
KIPAS LANAR | Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir, batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur lanar berbentuk kipas. | UMUM | |
MOCK ORANGE | Mock orange kadangkala dikenali sebagai syringa , ialah pokok bangkut yang diliputi gugusan bunga kecil, selapis atau dua lapis, berwarna putih atau krim. | UMUM | |
PERHUTANAN | Perhutanan ialah sains pengurusan sumber hutan untuk faedah manusia. Amalan perhutanan yang baik membantu mengekalkan bekalan kayu yang mencukupi bagi membuat papan lapis, kertas, dan keluaran kayu yang lain. Perhutanan juga termasuk pengurusan sumber seperti air, hidupan liar, kawasan ragut, dan kawasan rekreasi. | UMUM | |
KHITON | Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan melekat pada isi yang liat. | UMUM | |
STUKO | Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan pada bahagian luar dinding. Ia membentuk penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen. Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam banyak kemasan dan warna. | UMUM | |
MALAKIT | Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik. Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah 2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau epal hingga kepada kelabu-hijau gelap. | UMUM | |
PERUMPAMAAN | PERUMPAMAAN, sejenis peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan mengiaskannya kepada perkara lain. Dari segi bentuknya, perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan. Cirinya yang berbeza ialah bentuknya yang dua lapis dan menggunakan kata-kata banding: seperti, bagai, bak, laksana, ibarat dan umpama. Oleh sebab itu maknanya menjadi dua lapis. Perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan, yang mempunyai makna selapis. | SASTERA | Konsep |
SERUNAI | SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada serunai berpipit kembar dari Timur Tengah yang dipanggil Surnay. Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis. Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Puisi |
---|
|
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis.
Lihat selanjutnya... |
|