Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SESENDAL | Sesendal ialah silinder berongga yang digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga mungkin digunakan untuk menyambungkan paip dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya. Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk menebat sambungan litar. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU | ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari nagari (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta. | BUDAYA | Konsep |
SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
ZINK | Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh digalvani iaitu, disalut dengan zink untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. | UMUM | |
PELANA | PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta. Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Tesaurus |
---|
| lapik | | Rujuk :alas |
|
Puisi |
---|
|
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Lihat selanjutnya... |
|