Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
STALAGMIT | Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. | UMUM | |
AMBAL DAN PERMAIDANI | Ambal dan permaidani ialah fabrik yang digunakan sebagai hamparan. Ia menambah kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan. | UMUM | |
LOTENG | Loteng ialah ruang yang mempunyai lantai yang terletak di bawah bumbung rumah. Loteng digunakan untuk menyimpan barang. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
TIKAR | TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MOZEK | Mozek ialah satu bentuk seni yang terdiri daripada susunan keping-keping kecil kaca, batu, atau bahan lain yang berwarna-warni yang dilepa bersama. Keping-keping tersebut yang disebut tesserae disusun dalam bentuk gambar. Kebanyakan mozek menghias siling, lantai, dan dinding dalam, tetapi ada juga yang digunakan untuk menghias permukaan luar seperti kaki lima dan dinding luar. | UMUM | |
MULUT | Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. | UMUM | |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |
TAHAYUL | Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai. Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan akan berlaku mengikut adat lama, dianggap berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan kesuburan. | UMUM | |
TUDUNG SAJI | TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PUA | PUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai; |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
Lihat selanjutnya... |
|