Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lantai dan dinding bertelinga belaka.

Takrif

Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Takrif

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di bawah lantai nan tiris.

Takrif

Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.

Takrif

Keputusan yang sangat adil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Musang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit).

Takrif

Tanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyepitkan lidah ke lantai.

Takrif

Menahan nafsu atau kehendak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.

Takrif

Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.

Takrif

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.

Takrif

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Takrif

Tidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai;

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.



Lihat selanjutnya...