Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MONOREL | Monorel ialah landasan kereta api yang hanya mempunyai satu landasan. Gerabak monorel bergerak di sepanjang landasan sama ada di atas atau di bawah. Gerabak yang di atas landasan mempunyai alat giroskop untuk mengimbangi atau memandu roda yang mencengkam sisi landasan untuk menahan gerabak daripada terbalik. (Lihat Giroskop). | UMUM | |
LANDASAN KERETA API ATAS | | UMUM | |
TEROWONG LÖTSCHBERG | Terowong Lötschberg ialah terowong landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6 kilometer panjang. Ia sebahagian daripada landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône Valley, dan dari situ ia bersambung dengan Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali. | UMUM | |
TEROWONG ARLBERG | Terowong Arlberg ialah dua buah terowong, iaitu terowong landasan kereta api dan terowong kenderaan bermotor yang terdapat di bahagian barat Austria, di antara provinsi Vorarlberg dan Tyrol. Kedua-dua terowong itu dibina dengan mengorek Gunung Arlberg di hujung timur laut Banjaran Rhaetian (lihat Austria [peta politik]). Terowong landasan kereta api sepanjang 10.3 kilometer yang menyambungkan Paris ke Vienna merupakan rangkaian yang penting. Terowong ini dibuka pada tahun 1884 dan menggunakan kuasa elektrik pada tahun 1923. Terowong jalan raya pula sepanjang 14 kilometer dan dibuka pada tahun 1978. | UMUM | |
TEROWONG APENNINE | Terowong Apennine ialah terowong kereta api
di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5 kilometer dan menjadikannya terowong kereta api terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja mengorek lubang dari bahagian tengah. | UMUM | |
STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
OHIA | Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong dalam famili Myrtaceae. | UMUM | |
KEMAHIRAN BINAAN | Kemahiran binaan ialah mana-mana satu daripada cabang industri yang berkaitan dengan pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan, terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan, jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong. Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai industri pembinaan. | UMUM | |
ANGELES | Angeles (pend. 236 685) ialah bandar di Filipina. Ia terletak di bahagian utara provinsi Pampanga, di tengah Luzon. Ia terletak di lebuh raya utama dan landasan kereta api dari Manila ke bahagian utara negara itu. | UMUM | |
SIEMENS | Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman. Werner von Siemens (18161892) membina talian telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan membantu memasang kabel telegraf laut dalam yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan menambahbaikkan proses penyaduran elektrik. Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| landas (kata nama) | 1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,
2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,
| Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan, |
|
|