Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAMPANULA | Kampanula ialah satu kumpulan tumbuhan lampai yang mempunyai bunga berbentuk loceng yang tumbuh liar di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia biasanya dikenali sebagai bunga loceng. | UMUM | |
STEWART, JAMES | Stewart, James (19081997) ialah pelakon Amerika yang tinggi lampai dan mempunyai gaya bercakap yang lambat. Stewart telah muncul dalam lebih 70 buah filem. Dia menjadi terkenal kerana peranannya sebagai seorang rakyat Amerika kelas pertengahan yang jujur serta berani menghadapi krisis. | UMUM | |
DIPLODOCUS | Diplodocus ialah dinosaur pemakan tumbuhan yang benar-benar panjang dan lampai, yang hidup 150 juta tahun dahulu, di kawasan yang kini adalah di barat Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam kumpulan dinosaur raksasa pemakan daun, yang dikenali sebagai sauropod. | UMUM | |
OSIER | Osier ialah nama pokok renek dan pokok kecil tertentu dalam famili willow. Ia tumbuh subur di sepanjang anak sungai. Willow ini mempunyai batang yang kuat dan lampai yang boleh digunakan untuk membuat bakul dan perabot. Osier biasa dan osier ungu ditanam untuk batangnya yang fleksibel. Dogwood Amerika dinamakan dogwood osier- merah kerana kulit kayunya menyerupai kulit kayu sesetengah willow. | UMUM | |
MAHANG | Mahang ialah sejenis pokok kecil, lampai dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Nama saintifiknya ialah Macaranga spp. daripada famili Eyphorbiaceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
|
Tesaurus |
---|
| lampai (adjektif) | Bersinonim dengan semampai, sanjai, langsing, renjong, renceng, langkai, rigai, merunjau,
panjang ramping, ampai, kurus tinggi;, | | Kata Terbitan : melampai, |
|
Puisi |
---|
|
Daun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.
Lihat selanjutnya... |
|