Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BAHASA KIASAN | | BAHASA | Konsep |
KIASAN | Kiasan ialah penggunaan kata dalam pola pemikiran dan ungkapan yang lazim. Misalnya, kita mungkin terbaca The spy was cornered like a rat . The crowd surged forward. The redcoats withdrew. Justice hung her head . Here was mercy indeed! The entire nation screamed vengeance. | UMUM | |
PERSONIFIKASI | ungkapan kiasan yang menggambarkan kualiti manusia pada entiti bukan manusia. | BAHASA | Konsep |
METAFORA | Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang diambil daripada satu bidang pengalaman dan digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, Hes a sly fox, kita menggunakan metafora, iaitu kita menggunakan nama haiwan untuk menerangkan manusia. Metafora menyatakan perbandingan tanpa menggunakan kata like atau as. Penyataan He is like a sly fox or He is sly as a fox ialah perumpamaan (lihat Perumpamaan). | UMUM | |
PERUMPAMAAN | Perumpamaan ialah kiasan yang digunakan untuk memerikan atau menerangkan sesuatu. Ia menonjolkan kesamaan antara dua objek atau idea yang berbeza dengan menggunakan kata penghubung. Kata penghubung ini dalam bahasa Inggeris, biasanya like atau as . Contohnya He is as hungry as a horse , atau She ran like a deer. | UMUM | |
METONIMI | Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan secara kiasan berbanding dengan secara harfiah. Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan metonimi. Apabila kita turn on the light, kita sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama kesan kepada sebab. | UMUM | |
MUKTAZILAH | Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |
IBARAT | IBARAT, bahasa kiasan. Dalam bahasa Arab disebut ibrah yang bererti teladan atau pengajaran yang membawa kita kepada beringat-ingat khususnya terhadap sesuatu kejadian yang kurang baik, iaitu tidak diterima. | SASTERA | Konsep |
SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |
TAMSIL | TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran. Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan. Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri. Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana. | SASTERA | Konsep |
|
|