Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAMIL FI AL-LUGHAH WA AL-ADAB, AL- | Kamil fi al-Lughah wa al-Adab, al- ialah salah satu daripada kumpulan kitab rujukan utama dalam bidang kesusasteraan Arab. Ia dikarang oleh Abu al- Abbas Muhammad ibn Yazid al-Mubarrid al- Thumali, berketurunan daripada kabilah Thamalah al-Azdiyah. | UMUM | |
SALLEH KAMIL | SALLEH KAMIL, (1924 1998), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura. Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta. Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris. Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa. | BUDAYA | Tokoh |
NIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUD | NIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUD, Tan Sri (1909 1977), pentadbir dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Julai 1909, di Kota Bahru, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Majlis Ugama, Kota Bahru. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada Tahun 1930, dia tamat Barrister-at-Law di Lincoln Inn, London. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUSTAFA KAMAL YASSIN | Mustapha Kamil Yassin (1925- ), penulis skrip drama. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya, Kala Dewata. | SASTERA | Tokoh |
SAD IBN UBADAH | Sad ibn Ubadah ( ? 14 H. / ?635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Saidah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara YathribTaibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Musab ibn Umayr r.a., di rumah Asad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian Aqabah Kedua. Saad ibn Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. | UMUM | |
KALA DEWATA | KALA DEWATA (1925- ), penulis skrip drama. Dia lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang. Nama sebenarnya ialah Mustapha Kamil bin Yassin. Dia juga pernah menggunakan nama samaran MKY dan M.K. Yassin. | SASTERA | Tokoh |
PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG | PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG, persatuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Persatuan yang juga dikenal sebagai PEMENANG ini ditubuhkan pada 9 Mei 1927 dengan nama asalnya Penang Malay Association. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan British. Pada peringkat awal, persatuan ini menjalankan operasinya di pejabat Dr. Kamil Mohamad Ariff, di Lebuh Leith dan S.M. Eusoff, di Jalan Burma. Alamat persatuan ini sekarang ialah Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, No. 117,. Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
|
Tesaurus |
---|
| kamil | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :sempurna |
|
|