Menjerat ialah menangkap atau membunuh haiwan liar dengan jerat. Ia adalah salah satu daripada kaedah pertama bagi manusia menangkap haiwan untuk dijadikan makanan atau pakaian. Di kebanyakan tempat di dunia, manusia masih menggunakan jerat untuk mendapatkan makanan. Sesetengah puak di Afrika, misalnya, menjerat antelop dan monyet sebagai makanan. |