Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Quran. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. |