Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul, ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala. Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu werwulf , yang bermaksud serigala-manusia . Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala ke badannya, dengan meminum air daripada kesan tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula, manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa sakti orang lain. |