Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat. Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa. Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia. |