Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al- (131189 H. / 748804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al- Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al- Quran dan mempunyai gaya bacaan yang amat menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut mendengar syarahan ilmu daripada para imam besar seperti Imam Malik, Imam Syafii, Imam al- Awzaiy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al- Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah. Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar sentiasa bersama-samanya di istana dan dia menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak mengarang kitab yang menjadi rujukan pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami al-Saghir, al-Jami al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir. Di samping itu, dia menulis kitab al-Athar dan al-Radd ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia di sebuah kampung di Rayy. |