Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA | BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA, ragam bahasa yang mula-mula dikuasai oleh seseorang penutur bahasa. Ragam bahasa ini biasanya diperoleh semasa anak-anak lagi dan merupakan bahasa ang pertama didengar oleh seseorang bayi daripada anggota keluarganya. | BAHASA | Konsep |
BAHASA MELAYU PATANI | BAHASA MELAYU PATANI, bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bagi penduduk majoriti berbangsa Melayu di Patani yang sekarang terdiri daripada wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, dan juga daerah Chana dan daerah Thepha di wilayah Songkhla. | BAHASA | Konsep |
DIALEK MELAYU LARANTUKA | DIALEK MELAYU LARANTUKA, dialek yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh sebahagian besar penduduk Larantuka dan beberapa kampung di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Sejarah penggunaan bahasa Melayu di daerah itu cukup lama dan rumit. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU SAM-SAM | DIALEK MELAYU SAM-SAM, satu ragam bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda kelompok masyarakat Melayu yang mendiami kawasan sekitar sempadan Kedah dan Perlis dengan Thailand, dan juga di Setul, Thailand. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU ORANG ASLI | DIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut. | BAHASA | Bahasa |
ARSALAN, SYAKIB | Arsalan, Syakib (1286 H.1366 H./1869 M.1946 M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis, pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat, Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al- Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan , Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran al-Sinaatayn. | UMUM | |
BAHASA PERTAMA | BAHASA PERTAMA, bahasa ibunda dan bahasa yang mula-mula diperoleh oleh kanak-kanak daripada masyarakatnya, secara semula jadi. Proses pemerolehan ini dibantu oleh bahasa interaksi kanak-kanak berkenaan dengan orang dewasa dalam persekitarannya. Justeru, pada peringkat umur empat hingga lima tahun, seseorang kanak-kanak dapat menguasai kebanyakan daripada struktur bahasa pertamanya. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU BACAN | DIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan bahasa itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU | DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. | BAHASA | Bahasa |
TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (19391945). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ibunda | | Rujuk :ibu |
|
|