Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HILIR | HILIR, bahagian sungai yang mengarah ke pantai. Kawasan hilir sungai biasanya dipenuhi dengan pokok bakau dan jenis pokok tropika yang tumbuh di tepi laut. Sebahagiannya dibersihkan untuk kegiatan penanaman padi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TELUK INTAN | Teluk Intan, bandar tua yang terletak di kawasan Hilir Perak. Nama asalnya ialah Teluk Anson. Bandar ini istimewa kerana kedudukan geografinya. Pada abad ke-20, Teluk Anson muncul sebagai kawasan pertanian. Pada tahun 1908, ribuan hektar tanah dimajukan untuk tanaman getah. | UMUM | |
TELUK CALIFORNIA | Teluk California ialah sebahagian daripada Lautan Pasifik yang terletak di antara semenanjung California Hilir dan tanah besar Mexico. Pada satu masa dahulu Teluk California dikenali sebagai Laut Cortés, bersempena nama pengembara Sepanyol, Hernando Cortés, orang yang pertama menjelajahinya pada tahun 1536. Teluk ini juga dikenali sebagai Laut Vermilion. Pelbagai jenis ikan, termasuk ikan layar buruan boleh didapati di teluk ini. | UMUM | |
SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH | SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH ( ? - 1623), Sultan Johor yang ketujuh (1615 1623). Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang. Raja Abdullah adalah putera Sultan Muzaffar Syah Johor (1564 1570). Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri. Raja Abdullah mendirikan kota kediamannya di Pangkalan Raya, Batu Sawar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ALIGATOR | Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat. Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali sebagai aligator. | UMUM | |
RETIH | RETIH, wilayah di Inderagiri Hilir, propinsi Riau, Indonesia. Retih yang terletak di muara sungai dikenali kerana pernah terjadi peperangan yang besar antara orang Melayu pimpinan Panglima Besar Retih dengan armada Belanda pada tahun 1858. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TELUK ANSON | TELUK ANSON, pusat pentadbiran kawasan Hilir Perak dan juga pelabuhan untuk daerah Kinta pada tahun 1895. Teluk Anson adalah sebuah bandar tua yang terletak di kawasan Hilir Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
HULU | HULU, permulaan sungai. Makna hulu bertentangan dengan hilir, yang bermakna hujung sungai. Faktor persekitaran menyebabkan pertumbuhan petempatan di tebing sungai di negeri-negeri Melayu. Oleh itu, perhubungan antara hulu dengan hilir memainkan peranan dalam politik orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TASIK-TASIK KILLARNEY | Tasik-tasik Killarney ialah tiga buah tasik yang masyhur dengan keindahannya di Kaunti Kerry, di barat laut Ireland. Tasik-tasik ini merupakan salah satu kawasan pelancongan Ireland yang utama. Tasik-tasik Killarney terletak di sebelah barat daya bandar Killarney. Lough Leane, atau Tasik Hilir, meliputi kawasan seluas hampir-hampir 20 kilometer persegi. | UMUM | |
SUNGAI MEKONG | Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu membentuk sebahagian sempadan antara Thailand dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos, Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman, sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir. Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia). | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik, baik/datang Tidak diseru saya datang.
Lihat selanjutnya... |
|