Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GUA NIAH | GUA NIAH, salah sebuah gua yang terbesar di dunia. Gua Niah juga merupakan tapak arkeologi yang terkenal di Asia Tenggara kerana mempunyai bukti kewujudan manusia lebih kurang 40 000 tahun dahulu. Gua Niah terletak di kompleks batu kapur Niah-Subis, lebih kurang 50 km dari bandar Miri, Sarawak. Gua Niah berada pada ketinggian 48.9 m dari aras laut dengan garis tegak 3° 49 09 U dan garis bujur 113° 46 42 T. Gua Niah mempunyai enam pintu masuk utama, iaitu Kuala Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan, Gan Kira dan Tahi Menimbun. Pintu Kuala Besar merupakan pintu terbesar sekali dengan kelebaran lebih kurang 244 m, ketinggian hingga 61 m dan lantai gua seluas 10.5 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Puisi |
---|
|
Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 132 Between a rock and a hard place Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|