Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi, rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak cara, terutamanya melalui kemahiran mereka mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh mencadangkan cara yang betul untuk memberus gigi supaya gigi sihat. |