Thermopylae ialah genting di pantai timur di Greece . Ia adalah tempat pertempuran terkenal antara tentera Yunani dengan Parsi pada 480 S.M. Perkataan Yunani thermopylae bermakna Gerbang Panas dan merujuk kepada mata air panas berhampiran genting itu. Kini, kawasan ini terhakis menjadi dataran berpaya yang luas. Tetapi kira-kira 2500 tahun yang lalu, keluasan genting ini hanya kira-kira 15 meter dengan puncak paling sempit dan menjadi tempat terbaik bagi pengembara memasuki tengah Greece dari arah utara. |