Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
NABI ISHAQ A.S. | Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat. Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang bermaksud: Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Yakub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi. (Surah Maryam 19:49) | UMUM | |
NAPOLEON II | Napoleon II (18111832), Duke of Reichstadt, ialah putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya, dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu gembira. Baginda menganugerahkan puteranya dengan gelaran raja Rom. | UMUM | |
PLAUTUS | Plautus (254?184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. | UMUM | |
AYAT SERU | Ayat seru ialah ayat untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, terkejut dan lain-lain. | BAHASA | Konsep |
TARAF HIDUP | Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. | UMUM | |
WARNA SUASANA | WARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur. Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus berwatak jelas dan berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang. Ini dapat dilihat dalam puisi Sebagai Penyair. | SASTERA | Konsep |
MAT JENIN | MAT JENIN, cerita jenaka Melayu. Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan. Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya. Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam. Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing. Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau. Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah. Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja. Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa. Dia jatuh ke tanah lalu mati. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira |
|
|