Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MENGUMPUL BUKU | Mengumpul buku ialah hobi yang popular. Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab. Ramai orang mengumpul buku kerana mereka gemar membaca dan suka mengumpul barang. Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara tertentu atau pengarang. Sesetengah orang mengumpul buku kerana kecantikan buku itu. Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana berharap buku mereka akan bertambah nilainya dan menjadi pelaburan yang baik. | UMUM | |
NEGARA MEMBANGUN | Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang tidak berada. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. | UMUM | |
SATIE, ERIK | Satie, Erik (18661925), penggubah Perancis, menghabiskan seluruh kerjayanya dengan mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan dia amat tidak gemar akan romantisme dan impresiosisme. Caranya menangani bentuk harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi banyak penggubah. | UMUM | |
DIARI | Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak gemar orang lain membaca diari mereka. | UMUM | |
RENOIR, PIERRE AUGUSTE | p> Renoir, Pierre Auguste (18411919), pelukis impresionis Perancis yang terkenal dengan lukisan gadis muda, kanak-kanak, dan potret kemesraan dalam kehidupan kelas pertengahan Perancis. Dia gemar melukis kumpulan orang yang sedang bergembira dalam suasana yang ghairah, dan dia selalu menggunakan rakan-rakannya sebagai model. Dia selalu melukis potret isteri dan anaknya. | UMUM | |
TIKI | Tiki ialah sejenis loket Maori berbentuk tubuh manusia yang dipakai di leher (lihat Maori ). Tangan pada ukiran tersebut mempunyai tiga jari dan kakinya terlipat di bawah badan. Orang Maori gemar menggunakan batu jed untuk membuat tiki dan tiki jed ini dikenali sebagai heitiki . Kebanyakan tiki berbentuk orang perempuan, walaupun loket tersebut ada kaitan dengan watak mitos, yang juga dikenali sebagai Tiki, yang dipercayai adalah lelaki yang pertama. | UMUM | |
SUKAN | Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang dimainkan secara individu atau berpasukan. Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk riadah atau senaman yang menyihatkan badan. | UMUM | |
PERAKAM PITA | Perakam pita ialah alat untuk merakamkan bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan untuk merakamkan data dari komputer, perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi. | UMUM | |
DIALEK MELAYU AMBON | DIALEK MELAYU AMBON, bahasa pertama dan bahasa utama di Pulau Ambon dan Sertam serta pulau-pulau lain di sekitarnya. Jumlah penuturnya tidak kurang daripada 200 ribu orang. Selain jumlah penutur ini, terutamanya di Maluku Tengah, sekurang-kurangnya 300 ribu orang lain menggunakan dialek Ambon sebagai bahasa perhubungan sehari-hari. Bahkan, mungkin di Maluku Tengah itu terdapat lebih ramai orang yang gemar berdialek Melayu Ambon daripada yang gemar berbahasa Indonesia | BAHASA | Bahasa |
TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar |
|
|