Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik. Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini. Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme, komensalisme, dan mutualisme. |