Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OMBAK MUARA | Ombak muara ialah air yang mengalir deras dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang surut yang cepat. | UMUM | |
DALLE | Dalle ialah gaung yang dalam, juga merupakan tempat mengalirnya sungai-sungai Amerika Utara yang deras di atas batuan basal atau batu bidur. Nama ini berasal daripada perkataan Perancis dalle , yang bermakna batu tebal atau jubin. | UMUM | |
DERBYSHIRE | Derbyshire, terletak di tengah England, merupakan kaunti yang berbukit, berlurah, bertanah moor dan sungai yang mengalir deras. | UMUM | |
ARETHUSA | Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. | UMUM | |
RÍO DE LA PLATA | Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras. Banyak tempat yang cetek membahayakan bot yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225 kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang besar telah dibina dan terusan yang dalam telah dikorek. | UMUM | |
TAMAN NEGARA YOSEMITE | Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah gersang yang luas di bahagian tengah-timur California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100 kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju ke High Sierra, iaitu kawasan tasik yang airnya berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah. Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan hidupan liar di kawasan ini. | UMUM | |
SUNGAI PO | Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali. Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira 652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini adalah deras di bahagian atas tetapi beransur perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M., kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal). | UMUM | |
TERUSAN KAPAL WELLAND | Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St. Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram dan curam yang deras menyebabkan sebahagian besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai laluan air komersial. | UMUM | |
ANEMIA | Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah yang sihat berkurangan di bawah paras normal. Sel darah merah mengambil oksigen di dalam paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga. Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung yang deras, dan kesukaran bernafas. | UMUM | |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936 ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak.
Lihat selanjutnya... |
|