Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DAYANG | Gelaran tradisional bagi wanita bangsawan di Sarawak. | BUDAYA | Konsep |
DAYANG SAHADA | DAYANG SAHADA, ( ? - ?), perintis pelajaran sekular Melayu di Sarawak pada abad ke-19. Bersama-sama suaminya, Abang Kasim, dia membuka kelas untuk orang perempuan dan lelaki di rumah bapa mentuanya, Datu Bandar atas galakan Ranee Margaret Brooke, isteri Raja Charles Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 hingga tahun 1917. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAYANG SULUT SULAMPID | DAYANG SULUT SULAMPID, tarian tradisional Iranun yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, ketika orang Iranun berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang sulut sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TERINAI | TERINAI, tarian Melayu tradisional berasal daripada gabungan perkataan tari dan inai. Tarian terinai amat popular di negeri Perlis semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail (1837 1905). Selain di Perlis, tarian ini juga terdapat di negeri Kelantan dan Perak. Ia merupakan tarian istana, ditarikan pada hari berkhatan anak orang besar-besar atau ditarikan oleh dayang-dayang istana ketika mengutip bunga di dalam taman. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN ASYIK | TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan. Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih dan tarian asyik bererti `tarian kekasih. Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan. Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini. Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar. Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SURIRAM | SURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja. Perkataan Suriram adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang. | BUDAYA | Karya |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang |
|
Puisi |
---|
|
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.
Lihat selanjutnya... |
|