Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AFRODIT | Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi. Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan mengekalkan kehidupan. | UMUM | |
PSYCHE | Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba. Dia begitu cantik sehingga orang berpaling memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta. Venus menjadi marah, lalu menghantar anak lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya. Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari- parinya yang diperbuat daripada emas dan batu permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama- lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara- saudara perempuannya yang zalim, pada suatu malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan meninggalkan Psyche. | UMUM | |
MURDOCH, DAME IRIS | Murdoch, Dame Iris (19191999), novelis British yang terkenal dengan novel-novel falsafah. Watak dalam semua novelnya menghadapi kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel Murdoch merupakan patung bagi membayangkan idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan dan pandangan falsafah yang terkandung dalam novelnya. | UMUM | |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
AMADÍS OF GAUL | Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The Four Books of the Virtuous Knight Amadís of Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo. | UMUM | |
MINNESINGER | Minnesinger adalah satu kumpulan penyair lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun 1100-an hingga 1300-an. Minnesinger mendendangkan puisi mereka dengan iringan muzik dalam acara-acara keramaian istana. | UMUM | |
ARIADNE | Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang kepada Theseus apabila Theseus memasuki Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di sana dan mengahwininya. | UMUM | |
AL-AHWAS | Al-Ahwas (? 105 H. / ? 723 M.), salah seorang penyair kisah cinta di Hijaz pada zaman pemerintahan Umawiyyah. Nama penuhnya Abdullah ibn Muhammad ibn Asim ibn Thabit al- Awsi. Datuknya ialah Asim ibn Thabit, meninggal dunia kerana demam akibat pertukaran musim. Dia bergelar al-Ahwas kerana bermata juling. | UMUM | |
PIAF, EDITH | Piaf, Edith (19151963), penyanyi dan penari kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta kecewa seperti La Vie En Rose dan Non, Je Ne Regrette Rien. Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf (yang bermaksud burung ciak), yang diberikan oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent dan beberapa filem lain, termasuklah French- Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir. | UMUM | |
MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (17791852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All Those Endearing Young Charms, The Last Rose of Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta |
|
Puisi |
---|
|
Pergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi; Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
|