Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila lava panas mengalir di permukaan bumi dan menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak disejukkan dengan perlahan untuk membentuk hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika menggunakannya untuk membuat mata anak panah dan pisau. Lihat juga Batuan; Granit. |