Napier, John (15501617), Laird Merchiston, ialah ahli matematik Scotland. Dia membina cara pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan peta dan pengukuran. Napier menemui cara mendarab nombor dengan mudah, iaitu mencampurkannya dengan nombor lain, serta menyamakan nombor yang dinamakannya logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan untuk menjelaskan secara matematik banyak fenomena semula jadi. Napier juga mencipta rod atau tulang yang boleh disusun untuk pengiraan aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh, Scotland. |