Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DAUD BEUREUEH | DAUD BEUREUEH (1899 -1987), ulama dan pemimpin Aceh, Indonesia. Dia lahir di Beureueh, sebuah kampung dekat Sigli, Aceh, Indonesia. Dia menerima pendidikan agama tetapi tidak mahir membaca dan menulis rumi, sehingga pada masa revolusi, dia diejek oleh sebahagian pegawai yang datang dari Jawa sebagai pemimpin yang buta huruf. Pada tahun 1920-an, dia berhubung rapat dengan ulama Aceh yang bermukim di Makkah dan hubungan ini mendorongnya menjadi salah seorang pelopor pembaharuan agama di Aceh. Ketika ulama reformis membentuk Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) pada tahun 1939, dia dipilih sebagai ketua. Melalui organisasi inilah pengaruh politik Daud Beureueh mula berkembang terutama pada masa pendudukan Jepun.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK BAGIH | TUK BAGIH, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara bagih. Tuk bagih biasanya terdiri daripada seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an atau 60-an. Tuk bagih mewarisi ilmu bagihnya daripada keluarga. Ilmu bagih tidak diajar atau diturunkan kepada sembarang orang, kecuali ahli keluarga yang didapati layak dan sesuai mengamalkan ilmu tersebut. Tuk bagih juga terdiri daripada orang kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran kecuali sekadar tahu menulis dan membaca, malah terdapat tuk bagih yang buta huruf. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
DESSALINES, JEAN JACQUES | Dessalines, Jean Jacques (1758?1806) ialah pahlawan Haiti. Dia merupakan hamba yang buta huruf yang telah membebaskan Haiti daripada Perancis dan menjadi raja negara itu. | UMUM | |
|
|