Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas mempunyai engkol yang memutarkan silinder. Benang skru atau bilahnya dengan perlahan menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah. Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes. Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan (Yunani Purba). |