Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAPAL BAGUR PENJARA | Kapal bagur penjara ialah kapal yang digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris. Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di pelabuhan tentera laut di selatan England. | UMUM | |
SAVANNAH | Savannah ialah kapal stim pertama yang merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei 1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20 Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar digunakan pada waktu yang selebihnya. Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan). | UMUM | |
PERJANJIAN MAYFLOWER | Perjanjian Mayflower ialah perjanjian pertama bagi pemerintahan sendiri yang dikuatkuasakan di Amerika. Pada 21 November 1620 (tarikh pada masa itu 11 November), kapal Mayflower berlabuh di Cape Cod , Massachusetts . | UMUM | |
TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (19391945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
SUVA | Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800 buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji (peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan tropika. Kapal-kapal pelancongan juga singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa, pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman Botani. University of the South Pacific juga terletak di Suva. Lihat juga Fiji (gambar). | UMUM | |
SKAGERRAK | Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara. Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack. Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer panjang. Cabang ini penting kerana menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ, terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta). | UMUM | |
SISTEM BENUA | Sistem benua, merupakan usaha menahan perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an. Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara perang ekonomi menentang United Kingdom. Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri Berlin pada 21 November 1806 yang mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada kapal berkecuali yang berlabuh di United Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang Semenanjung dalam usaha sia-sianya menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I (Kejatuhan kuasanya). | UMUM | |
JARATAN | JARATAN, kota pelabuhan di Jawa Timur pada abad ke-17. Jaratan merupakan pelabuhan kedua penting selepas Gresik. Pelabuhan Jaratan mempunyai dermaga dan bengkel membaiki kapal. Kapal yang berat muatannya antara 40 tan hingga 100 tan dapat berlabuh di sini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA | KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA, kamus yang disusun oleh Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang menyertai rombongan perdagangan Sepanyol di bawah pimpinan Fernando Magalhães. Setelah belayar selama tujuh belas bulan melewati Lautan Atlantik, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik, rombongan Sepanyol itu berlabuh di Nusantara di Pulau Samar, Filipina) pada bulan Mac 1521. Sememangnya pada zaman itu bahasa Melayu sudah pun berfungsi sebagai bahasa pengantara se-Nusantara termasuk hujung Filipina Timur. Hal ini dapat diketahui apabila hamba peribadi Magalhães, seorang Sumatera yang mengikuti pelayaran Sepanyol itu, dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selama sembilan bulan rombongan Sepanyol itu mengunjungi beberapa buah bandar dan pulau di Filipina, Brunei dan Maluku, dan ke mana sahaja mereka belayar bahasa Melayu dituturkan. | BAHASA | Penerbitan |
PATANI | PATANI, sebuah negeri di bawah Kesultanan Melayu Patani, di selatan Thailand pada pertengahan abad ke-15. Patani terletak di kawasan tepi pantai Laut China Selatan. Tanjung Patani digunakan sebagai tempat kapal perdagangan berlabuh pada musim monsun, sementara Sungai Patani ialah jalan perhubungan utama. Majoriti penduduk Patani terdiri daripada orang Melayu beragama Islam, manakala orang Siam dan Cina adalah penduduk minoriti. Selain golongan bangsawan dan golongan pemerintah, kebanyakan orang Melayu adalah petani dan nelayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Puisi |
---|
|
Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik.
Lihat selanjutnya... |
|