Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi. Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah. |