Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).

Takrif

Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meragakan suara kepada si pekak.

Takrif

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Takrif

Pemberian yang tidak berfaedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meragakan pakaian cantik kepada si buta.

Takrif

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Takrif

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungkal tak berbalik, unggun padam bara.

Takrif

Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah tahu peria pahit.

Takrif

Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.

Takrif

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfaedah