Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SYDNEY HARBOUR BRIDGE | Sydney Harbour Bridge di New South Wales ialah jambatan Australia yang paling terkenal di Australia dan salah sebuah jambatan satu rentangan yang paling panjang di dunia. Bersama dengan rentangan jalan masuknya, panjangnya ialah 1149 meter. Jambatan ini terbentang menyeberangi Pelabuhan Sydney dari Dawes Point ke Milsons Point. Jambatan ini, yang dibuka pada 19 Mac 1932, mengambil masa sembilan tahun untuk dibina dan menelan belanja hampir 20 juta dolar Australia. | UMUM | |
SULTAN ALI | SULTAN ALI ( ? -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHAHRUM YUB | SHAHRUM YUB, Dato (1934- ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991). Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949. Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960). Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun. Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja |
|
Puisi |
---|
|
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.
Lihat selanjutnya... |
|