Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara Melbourne. Shepparton ialah bandar utama di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton pada asalnya dikenali sebagai McGuires Punt. Pada tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula sebagai Shepparton sempena nama perintisnya Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1949. |