Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BATAS | Batas, cawangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). BATAS ialah singkatan Barisan Tani SeMalaya, ditubuhkan selepas penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sekitar tahun 1947. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZAITON OTHMAN | Zaiton Othman (1959 ) ialah atlet Malaysia. Dia lahir pada 3 Mei 1959 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Sekolah Menengah Perempuan St. Georges, Pulau Pinang. | UMUM | |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
TELINGA GAJAH | Telinga gajah ialah tumbuhan berdaun besar yang berbentuk seperti telinga gajah atau perisai. Terdapat dua spesies biasa. Di Pasifik Selatan, satu jenis telinga gajah dimakan ubinya seperti kentang dan ia dikenali juga sebagai taro, eddo, dan dasheen . Telinga gajah yang ditanam di batas bunga adalah serupa, tetapi ia mempunyai akar yang lebih kecil dan daun yang lebih cantik. Lihat juga Taro . Pengelasan saintifik. Telinga gajah tergolong dalam famili arum, Araceae. Jenis hiasan ialah Colocasia antiquorum . | UMUM | |
TASIK XOCHIMILCO | Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat taman terapung. Menjelang waktu wilayah tersebut ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara membina daik. Mereka menimbunkan lumpur lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz taman terapung ini beransur-ansur menjadi lebih besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong berperahu di terusan-terusan yang memisahkan pulau-pulau buatan tersebut. | UMUM | |
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MAARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Maarif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara umumi sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian nizami diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
JIHATY ABADI | JIHATY ABADI (1938- ), penyair. Dia lahir pada 19 Mei 1938 di Titi Baharu, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Yahya bin Hussin. Jihaty mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Kedah iaitu di Tok Jalai, Kepala Batas dan Jitra (1947-1952). | SASTERA | Tokoh |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau nikotiana ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus Nicotiana . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas |
|
Puisi |
---|
|
Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang.
Lihat selanjutnya... |
|