Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.

Takrif

Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Retak melampaui tara (= garis).

Takrif

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki], retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui cara = melampaui garis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki), retak melampaui tara (= garis).

Takrif

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak.

Takrif

Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.



Lihat selanjutnya...