Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (International Fund for Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar di negara-negara miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD. IFAD membiayai projek yang menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara membangun. Ia juga berusaha mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977 dan beribu pejabat di Rom. |