Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SPA | Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa menjadi popular semasa pemerintahan Rom. Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air garam yang terkandung dalam air spa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom telah membina tempat mandi di Bath dan St. Albans di England. | UMUM | |
SUSSEX | Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar tepi pantainya pada musim panas. Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke London kerana bekerja. Salah satu daripada pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun 1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari Normandy mengetuai serangan yang berjaya menakluki England dan menjadi King William I (the Conqueror). | UMUM | |
THEBES | Thebes ialah bandar purba di Boeotia, kawasan di tengah Yunani. Pada suatu masa, Thebes ialah negara kota paling berkuasa di Yunani, dan merupakan ketua persekutuan bandar-bandar yang dikenali sebagai Liga Boeotia. Bandar ini terletak di bahagian tenggara Boeotia, kira-kira 48 kilometer ke utara Athens. Menurut legenda purba, Cadmus, putera dari Phoenicia, mengasaskan Thebes. Bandar ini muncul dalam legenda Oedipus, yang hampir sama terkenal dengan kisah Troy (lihat Oedipus ). | UMUM | |
MAINE | Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156 kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland (tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah- penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The Main untuk membezakan tanah besar daripada pulau-pulau di luar pantai. | UMUM | |
KAYU PELANTAK | Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang digunakan di Zaman Purba dan Zaman Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau pintu pagar istana kota dan bandar-bandar berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya | UMUM | |
ASHFIELD | Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan perlombongan batu arang di Nottinghamshire, England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan, yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil. Sesetengah kampung perlombongan batu arang seperti Selston diperikan dalam novel D.H Lawrence (lihat Lawrence, D.H. ) | UMUM | |
MORGAN, SIR HENRY | Morgan, Sir Henry (1635?1688) ialah bajak laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam perdagangan dan perebutan tanah jajahan. Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada tahun 1671, dialah yang menyebabkan kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah. | UMUM | |
MONAGHAN | Monaghan adalah kaunti di utara Republik Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka buminya sesuai untuk bercucuk tanam. Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar kecil terletak dalam kawasan penternakan. Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar. | UMUM | |
RIGA | Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi pusat kebudayaan dan politik Latvia selama beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di bandar ini, kompleks perumahan moden membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar |
|
Puisi |
---|
|
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?
Lihat selanjutnya... |
|