Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. |