| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | ATURAN FLEMING | Aturan Fleming, aturan yang dirumus oleh profesor dalam bidang fizik dan kejuruteraan elektrik berbangsa Inggeris, iaitu Sir John Ambrose Fleming.  | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |  
  | ZAYDIYYAH | Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang  mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-  Husayn (79122 H/698740 M). Golongan ini  bersependapat dengan golongan Ithna Asyariyyah  (golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan  aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam  Zayd ibn Zayn al-Abidin. Walau bagaimanapun,  mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah  lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad  al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak  sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam  (pemimpin negara) dan tugasnya.  | UMUM |  |  
  | ADAT PERKAHWINAN MAKASSAR | ADAT PERKAHWINAN MAKASAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Makasar di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak awal abad ke-17, orang Makasar telah menerima aturan perkahwinan menurut ajaran Islam. Walaupun demikian, upacara dalam perkahwinan tetap diselenggarakan mengikut adat istiadat.  | BUDAYA | Konsep |  
  | FUNGSI | Fungsi, satu aturan, proses atau kaedah yang menghasilkan satu padanan antara dua set unsur yang dinamakan domain dan julat (atau kodomain) dengan setiap unsur dalam domain dapat dipadankan kepada satu dan hanya satu unsur dalam julat.  | MATEMATIK | Konsep |  
  | SASTERA SEJARAH | SASTERA SEJARAH,  hasil sastera Melayu yang mengisahkan peristiwa atau kejadian di sesebuah kerajaan Melayu. Karya sastera sejarah ini memakai judul hikayat,sejarah, salasilah, silsilah dan aturan.  Sastera sejarah dapat dibahagikan ke dalam bentuk prosa dan puisi.  | SASTERA | Konsep |  
  | CERITA FANTASTIK | CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan  yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous  di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.         | SASTERA | Konsep |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturan |  
  |  
  
    
   | Peribahasa | 
|---|
  |  500 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Di mana ranting patah, di situ air disauk You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
 
  Lihat selanjutnya... |   
      
                 |