Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin . Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku. |