Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AHLI SAINS KRISTIAN | Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan agama yang menekankan penyembuhan rohaniah. Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an. Agama ini berpunca daripada agama Kristian Protestan. | UMUM | |
KIMIA | Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk di dalam alam semesta. Mereka mengkaji bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya. Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia melibatkan perubahan kandungan kimia dalam sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari udara yang membentuk karat ialah satu perubahan kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa ia membeku. | UMUM | |
MAGNITUD RICHTER | Magnitud Richter ialah angka yang menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains mengira magnitud Richter dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada seismograf, sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji gempa bumi), Charles F. Richter, telah membangunkan sistem ini untuk mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala sistem ini dikenali sebagai skala Richter. | UMUM | |
MOOT | Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan pengakap kini kadangkala menggunakan istilah tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar undang-undang menggunakan istilah tersebut untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien rekaan mereka. Hakim yang biasanya terdiri daripada tutor undang-undang atau peguam bertauliah, menghakimi dengan memberi komen terhadap perkara undang-undang yang dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan biasa, perkara moot bermakna perkara yang boleh diragukan atau dipertikaikan. | UMUM | |
PROTOZOA | Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan protozoa bersama lain-lain organisma ringkas dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa dikenali sebagai protozoologi. | UMUM | |
PRIMAT | Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat. Mereka membahagikan primat kepada dua jenis utama: (1) antropoid manusia, beruk dan monyet, dan (2) prosimia aye-aye, galago, lemur, kongkang, poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan tikus kesturi sebagai prosimia. | UMUM | |
MEDICI | Medici ialah nama sebuah keluarga pemerintah di Florence, Itali. Ahli-ahli keluarga tersebut memainkan peranan yang penting dalam sejarah Itali dan Perancis dari tahun 1400-an sehingga tahun 1700-an. | UMUM | |
MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya. | UMUM | |
AGAMA KRISTIAN | Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada tiga kumpulan utama Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa manusia boleh diselamatkan melalui Jesus. | UMUM | |
QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851923 H./ 1448 1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh dan pakar dalam bidang qiraat. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Husayn ibn Ali. Dia berasal dari Qastalan, Mesir. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli |
|
Peribahasa |
---|
| 57 Blood is thicker than water Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. Masin lagilah garam sendiri So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|