| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | ZAKAR | Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki.  Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air  kencing dan bendalir pembawa sperma yang  dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar.   | UMUM |  |  
  | TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara  countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.  | UMUM |  |  
  | TESTIKEL | Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali juga sebagai  testes  (tunggal,  testis  ) tergantung di belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali sebagai  skrotum  . Testis mempunyai dua fungsi utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan hormon seks lelaki, terutama  testosteron  .  | UMUM |  |  
  | SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka.  | UMUM |  |  
  | TESTOSTERON | Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang merangsangkan perkembangan jantina lelaki. Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan androgen.  | UMUM |  |  
  | SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah.  | UMUM |  |  
  | KELENJAR PROSTAT | Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi  lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental  yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua  mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar  prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu  terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan  bersetentangan dengan bahagian rektum.  Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih  kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri  daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta  mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.  | UMUM |  |  
  | ALGER, HORATIO | Alger, Horatio (18321899) ialah pengarang  Amerika yang menulis novel untuk kanak-kanak  lelaki. Dia menjadi terkenal kerana ceritanya  tentang kanak-kanak lelaki yang menjadi kaya dan  termasyhur melalui kerja kuat, hidup mulia, dan  kerana nasib.  | UMUM |  |  
  | SUKAN | Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang dimainkan secara individu atau berpasukan. Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk riadah atau senaman yang menyihatkan badan.  | UMUM |  |  
  | NEWMAN, PAUL | Newman, Paul (1925 ), pelakon lelaki Amerika, yang menjadi masyhur kerana lakonan aksinya dan kajian perwatakan yang meyakinkan dalam filem. Dia memegang peranan orang asing atau pemberontak dalam banyak filem lakonannya. Newman memenangi Academy Award pada tahun 1986 sebagai pelakon lelaki terbaik kerana lakonannya dalam  The Color of Money  .  | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Terang bulan terang di kali,      Buaya timbul disangka mati;  Jangan percaya mulut lelaki,      Lain di mulut lain di hati.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
   | Peribahasa | 
|---|
  |  183 Like father, like son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bagaimana acuan begitulah kuihnya She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
 
  Lihat selanjutnya... |   
      
                 |