Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). |