SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi lurut selasih lurut, Bawa belayar tanah seberang; Budi turut kasih pun turut, Jangan harap hatilah orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau purut limau sembawa, Limau manis tibak-tibakkan; Akan turut tidak dibawa, Tinggal menangis sidak-sidakkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati. |
|
Puisi |
---|
|
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Lihat selanjutnya... |
|