SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMenghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. |
|
Puisi |
---|
|
Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|