SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSuaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil akar tanah seberang, Bawa belayar pergi Sandakan; Kedai besar barang kurang, Apa guna berniaga di pekan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |
|
Puisi |
---|
|
Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 607 Truth will out Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventually Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|