SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. |
|
Puisi |
---|
|
Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.
Lihat selanjutnya... |
|